Monday 13 January 2014

Jawatan Kosong LHDN Sesi Januari 2014

Jawatan Kosong LHDN Sesi Januari 2014 - Kemaskini dan perkongsian pertama bagi iklan jawatan kosong LHDN bertarikh: 13 Januari 2014. Di bawah disertakan dengan butiran-butiran lanjut menganai jawatan yang ditawarkan serta maklumat yang diperlukan.

Jawatan Kosong LHDN



A1 – Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 48 Kontrak
(Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)

A2 – Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 Kontrak
(Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)

Kelayakan Memohon

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Pentadbiran Perniagaan / Perbankan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 25 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan.

* Pelawaan juga adalah terbuka kepada Pesara LHDNM dan Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf sambilan.

* Tempoh kontrak akan diperbaharui dari tahun ke tahun mengikut penilaian prestasi pegawai.

Kelayakan Tambahan Yang Diperlukan

A1

Mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan korporat atau perakaunan syarikat atau akaun percukaian dalam syarikat atau pengauditan dalam bidang industri khas petroleum / perbankan / pemaju / insurans / perkapalan dan industri perkhidmatan;

Memiliki kelayakan profesional dalam bidang yang berkaitan.

A2

Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan korporat atau perakaunan syarikat atau akaun percukaian dalam syarikat atau pengauditan dalam bidang industri khas petroleum / perbankan / pemaju / insurans / perkapalan dan industri perkhidmatan;

Bidang Tugas

A1

Bertindak sebagai ketua kumpulan audit, menyelia dan memantau kemajuan kerja dan backlog pegawai audit dibawah seliaan.

Membuat perancangan tahunan aktiviti audit untuk unit di bawah jagaan dan mengetuai pasukan audit dalam perbincangan kes audit dengan pembayar cukai.

Memberikan panduan dan nasihat kepada pegawai audit ke atas pelaksanaan kerja audit dan mengemukakan kes-kes audit untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dalaman Cawangan.

Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat.

Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan

A2

Menjalankan aktiviti audit cukai.

Merancang kes untuk lawatan audit luar, membuat analisis penyata akaun dan kewangan pembayar cukai.

Mengadakan lawatan ke premis perniagaan pembayar cukai pada tarikh yang ditetapkan, menemuduga pembayar cukai serta membuat semakan ke atas dokumen kewangan di premis berkenaan dan menyelesaikan kes-kes audit.

Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat.

Mengendalikan rayuan pembayar cukai berkaitan dengan aktiviti audit cukai.

Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan


Kriteria Yang Diperlukan

~ Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
~ Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi.
~ Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
~ Mempunyai kemahiran perundingan dan kemahiran interpersonal yang baik.
~ Bersedia bertugaskan dimana-mana cawangan LHDNM.


Gaji

A1 - RM9,042.00 – RM16,202.00
A2 - RM2,977.00 – RM11,392.00


Cara Melakukan Permohonan:

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya.

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan pesara LHDNM) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia(Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my.

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.


Maklumat Temuduga

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:-

* Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);

dan

* Melalui Surat Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.


Tarikh Tutup Permohonan

27 Januari 2014


NOTA

Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan berkenaan dari Unit Pengiktirafan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau melalui laman http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktir
af.asp


Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut :

Unit Pengambilan dan Penempatan di talian :
03-8313 8888 sambungan 21079, 21081, 21083, 21084,21085,21041,21042 dan 21048

Admin berharap perkongsian iklan tawaran jawatan kosong LHDN di atas bagi Januari 2014 dapat membantu anda dalam menjawat jawatan yang diidamkan.

Sekiranya anda terlepas tarikh permohonan, anda boleh rujuk kemaskini samada daripada blog ini dengan melihat post terbaru di bahagian sidebar sebelah kanan blog ataupun melalui Facebook Page yang pihak Admin sediakan di FB.Com/JawatanKosongLHDN