Tuesday 7 January 2014

Jawatan Kosong LHDN 2014

Jawatan Kosong LHDN 2014 - Selamat datang ke blog khas iklan tawaran jawatan kosong LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Blog ini Admin bangunkan khas untuk dijadikan ianya satu medium khusus untuk berkongsi info terkini mengenai tawaran kerjaya di LHDN bersama anda.

Penerangan dan pengenalan ringas LHDN.

Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan salah sebuah agensi utama yang berperanan mengumpul pendapatan daripada Kementerian Kewangan. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia yang dilancarkan pada 1 Mac 1996, dan kini dengan secara rasminya juga dikenali sebagai IRBM (Inland Revenue Board of Malaysia). LHDN telah ditubuhkan selaras dengan IRBM 1995 untuk memberikan lebih autonomi khususnya dalam pengurusan kewangan dan kakitangan serta untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pentadbiran cukai.

Kerjaya yang ditawarkan di LHDN

LHDN sering menjadi pilihan kerana kekerapan mereka dalam menyediakan peluang kerjaya. Untuk sesi Januari 2014, pihak LHDN sekali lagi membuka peluang kerjaya untuk bersama keluarga besar mereka samada di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Sebagai organisasi pemungut cukai yang terulung di Malaysia, LHDN sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai mereka.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 40 jawatan yang disediakan oleh agensi LHDN. Senarai penuh jawatan-jawatan yang boleh di pohon adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41
2. PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 41
3. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41
4. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 41
5. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41
6. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
7. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 41
8. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
9. PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 41
10. PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41
11. PEGAWAI EKSEKUTIF (UKUR BANGUNAN) GRED 41
12. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 31
13. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 31
14. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31
15. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
16. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 31
17. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31
18. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 31
19. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 31
20. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 31
21. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 31
22. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 31
23. PEMBANTU TADBIR (AHLI FOTOGRAFI) GRED 21
24. PEMBANTU TADBIR (JURUTEKNIK KOMPUTER) GRED 21
25. PEMBANTU TADBIR (KEJURUTERAAN) GRED 21
26. PEMBANTU TADBIR (KESELAMATAN) GRED 21
27. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED 21
28. PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN) GRED 21
29. PEMBANTU TADBIR (OPERATOR KOMPUTER) GRED 21
30. PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN) GRED 21
31. PEMBANTU TADBIR (PENGAUDITAN) GRED 21
32. PEMBANTU TADBIR (PERAKAUNAN) GRED 21
33. PEMBANTU TADBIR (PEREKA) GRED 21
34. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN) GRED 21
35. PEMBANTU TADBIR (PERPUSTAKAAN) GRED 21
36. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED 11
37. PEMBANTU AM (PEMANDU KENDERAAN) GRED 1
38. PEMBANTU AM (PENGHANTAR NOTIS) GRED 1
39. PEMBANTU AM (PERKHIDMATAN AM) GRED 1
40. PEMBANTU AM (PENGAWAL KESELAMATAN) GRED 1

Namun begitu, tidak semua senarai jawatan di atas dibuka sepenuhnya, kerana kebanyakannya jawatan sudah pun diisi. Jadi bilakah anda boleh memohon jawatan tersebut? Permohonan hanya boleh dilakukan sekiranya ada iklan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Sumber Manusia, LHDNM.

Untuk mendapatkan kemaskini terbaru mengenai iklan jawatan kosong LHDN, anda boleh dapatkan melalui blog ini dengan melakukan bookmark pada browser (pelayar web) anda atau like Facebook Page yang pihak Admin sediakan di FB.Com/JawatanKosongLHDN, sekiranya terdapat maklumat terkini tawaran kerjaya LHDN, Admin akan update di page tersebut dan pada masa yang sama turut akan keluar di homepage Facebook anda. Tambahan, untuk mendapatkan notifikasi dari FB Page tersebut sila rujuk cara-caranya melalui banner di FB page Jawatan Kosong LHDN tersebut.

Setakat ini dahulu sesi pengenalan, semoga perkongsian ini dan perkongsian yang bakal admin kongsikan pada masa hadapan dapat membantu anda dalam urusan mendapatkan kerjaya anda bersama LHDN. Sekian.



No comments:

Post a Comment